SUKAN SEA HANOI : SEMBILAN PEMAIN BARU DIPANGGIL SERTAI KEM SEPAK TAKRAW NEGARA
SUKAN SEA HANOI : SEMBILAN PEMAIN BARU DIPANGGIL SERTAI KEM SEPAK TAKRAW NEGARA
February 3, 2022 6:43 pm
KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2022 – Selepas menampilkan persembahan memberangsangkan dalam kancah Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, sembilan pemain kini dipanggil bagi menyertai kem skuad negara sebagai persiapan ke Sukan SEA Vietnam pada Mei depan.
Sembilan pemain itu akan membentuk 21 pemain secara keseluruhan dan bakal menjalani pemilihan sebelum hanya 12 pemain terbaik dipilih mewakili negara membawa cabaran di Hanoi Mei depan.
Jurulatih skuad sepak takraw negara, Khairudin Adenan sewaktu ditemu bual berkata, “Bagi saya, pemain-pemain baru ini, kita tahu mereka agak kurang daripada segi pengalaman dan pendedahan di luar negara tetapi STL merupakan pentas utama untuk kami mengenal pasti pemain mana yang perlu diketengahkan.
“Jika kami menyimpan pemain-pemain ini, sampai bila baru mereka dapat beraksi di pentas antarabangsa.
“Kalau kita kerap memberikan peluang buat pemain-pemain ini, tidak mustahil mereka dapat dijadikan seperti pemain-pemain senior.
“Kerana kalau dilihat, pemain senior mungkin sudah tidak dapat bermain selepas setahun-dua ini, jadi inilah pemain-pemain baru yang perlu diketengahkan,” jelas bekas perejam ATM Guardians itu.
Berdasarkan kenyataan Khairudin dan senarai pemain baru yang dipanggil, maka benarlah beberapa pemain senior bakal digugurkan termasuk tekong, Hairul Hazizi Haidzir yang mengalami kecederaan.
Senarai sembilan pemain baru ke kem kebangsaan: Redwan Hakim (KL Thunder) Eqbal Shamsudin (Kelantan Warriors) Nik Muhammad Afiq Mazlan (Kelantan Warriors) Zulhusni Basri (Penang Black Panthers) Zarif Marican Ibrahim Marican (Penang Black Panthers) Faisal Fuad (Penang Black Panthers) Haziq Hairul Nizam (Selangor Pistons) Zuhri Zain (Selangor Pistons) Asyraab Abd Hadi (Perak Bison).
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.