My Sukan

AZLAN SHAH TUBUH PASUKAN BERSAING DI KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA 2022

AZLAN SHAH TUBUH PASUKAN BERSAING DI KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA 2022

February 3, 2022 6:44 pm

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2022 – Kejuaraan Cub Prix Malaysia bagi musim 2022 bakal menyaksikan penyertaan daripada pasukan baharu iaitu AS25 Racing Team yang ditubuhkan oleh bekas pelumba MotoGP negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Pasukan persendirian itu bakal menerima bimbingan khusus daripada Azlan Shah yang cukup luas pengalamannya bersaing di pentas dunia bahkan kini mereka sedang giat mengenal pasti barisan pelumba dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun untuk me­nyertai perlumbaan kategori Wira pada saingan Cub Prix 2022.

Bekas pelumba berusia 37 tahun itu ketika ditemu bual berkata, “Benar, saya akan menubuhkan pasukan sendiri yang dikenali sebagai AS25 Racing Team. Buat permulaan, saya mahu mencari pelumba muda bagi menyertai akademi saya dan sete­rusnya bersaing dalam kategori Wira pada perlumbaan Cub Prix.

Beliau turut mengakui negara ini mempunyai ramai pelumba tetapi rata-rata­nya tidak mencapai standard maka adalah tugasnya untuk membimbing mereka menjadi  pelumba berkualiti sekali gus mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi setaraf pelumba antarabangsa.

“Sayang kita tiada wakil di pentas MotoGP, jika diikutkan kita antara negara terbaik di Asia selepas Jepun. Justeru, saya rasa ini adalah masa terbaik untuk mencari pelumba-pelumba berkualiti dan seterusnya mampu mewakili negara di pentas lebih tinggi nanti,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Kosmo

Sumber Gambar: IG Azlan Shah Kamaruzaman