MABA MEMINTA KEBENARAN UNTUK MEMBAWA MASUK PEMAIN NATURALISASI
MABA MEMINTA KEBENARAN UNTUK MEMBAWA MASUK PEMAIN NATURALISASI
February 3, 2022 6:44 pm
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – Hala tuju Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) untuk memperkukuhkan skuad bola keranjang negara adalah dengan menaturalisasikan pemain bagi mengimbangi komposisi pasukan dalam masa enam tahun. Antara negara yang MABA sedang meneliti ialah negara seperti Bosnia dan Serbia dimana pemain mereka mempunyai kelebihan fizikal (ketinggian) yang amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan pasukan negara bersaing pada persada dunia.
Setelah mesyuarat exco MABA buat kali pertama berakhir, Datuk Lee Tian Hock berkata, “Kami akan mengenal pasti mereka, muda, mungkin dalam lingkungan umur 12 tahun atau 13 tahun untuk dibawa ke sini dan di sini kita akan mencari tempat di mana mereka boleh mendapatkan kemudahan pendidikan, penginapan dan latihan.”
Beliau juga menjelaskan bahawa pihak MABA mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Luar Negeri dapat membantu dalam membenarkan seramai 10 atau 20 pemain muda untuk dibawa masuk bagi mencapai matlamat MABA ini.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.