My Sukan

SERAMAI 35 PEMAIN DIPANGGIL MENJALANI KEM LATIHAN PUSAT – FAM

SERAMAI 35 PEMAIN DIPANGGIL MENJALANI KEM LATIHAN PUSAT – FAM

February 3, 2022 6:45 pm

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – Menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja yang bakal berlangsung dari 14 hingga 26 Februari 2022, Brad Maloney, ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan telah menyeranaikan sebanyak 30 pemain bola sepak untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula pada Khamis (27 Januari 2022) ini.

Pemain tersebut adalah seperti berikut:

  1. Shaheeswaran A/L Thavakumar
  2. Muhamad Alif Abdul Mutalib
  3. Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri
  4. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan
  5. Muhammad Shafi Azswad Sapari
  6. Daryl Sham A/L K.K.George
  7. Muhammad Fakrul Iman Naszari
  8. Muhammad Faiz Amer Runnizar
  9. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim
  10. Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri
  11. Mohd Nureizkhan Isa Japar
  12. Gerald Gadit
  13. Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim
  14. Azhad Harraz Arman
  15. Muhammad Safwan Mazlan
  16. Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar
  17. Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin
  18. Zainal Abidin Jamil
  19. Shivan Pillay A/L Asokan
  20. Ruventhiran A/L Vengadesen
  21. Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir
  22. Mohammad Zharmien Ashraf Ismail
  23. Aizat Aiman Mazlan
  24. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili
  25. Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil
  26. Saravanan A/L Thirumurugan
  27. Arif Shaqirin Suhaimi
  28. Mohd Aiman Afif Md Afizul
  29. Harith Naem Jaineh
  30. Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal

Untuk pengetahuan, hanya 9 dari 23 pemain yang telah berjuang pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia pada Oktober lalu dipanggil kembali semula untuk kem latihan pusat kali ini. 9 pemain tersebut ialah Umar Hakeem Suhar Rezwan, Shafi Azswad Sapari, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Azhad Harraz Arman, Nur Azfar Fikri Azhar, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, T. Saravanan dan Aiman Afif Afizul. Apabila saingan tersebut beraksi di Mongolia, mereka berjaya menduduki tangga teratas dan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan yang dijadual berlangsung pada Jun 2022.

Sementara itu, lima pemain berikut pula berada dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 30 pemain di atas:

  1. Muhammad Firdaus Kaironnisam
  2. Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal
  3. Thivandaran A/L Karnan
  4. Aidil Danial Izhar
  5. Nabil Hakim Bokhari

Kejuaraan B-23 AFF 2022 yang bakal berlangsung pada bulan depan akan menyaksikan Malaysia beraksi menentang Myanmar pada 15 Februari di Stadium Prince diikuti dengan Laos pada 18 Februari di Stadium Prince dan akhirnya dengan Indonesia pada 21 Februari di Stadium Nasional Morodok Techo dalam Kumpulan B.

Kumpulan A mengrangkumi Kemboja, Timor-Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi hanya tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura. Juara setiap kumpulan dan satu pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir yang akan berlangsung menggunakan format kalah mati pada 24 Februari 2022. Saingan akhir dijadual berlangsung pada 26 Februari 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

 

Sumber: Football Association of Malaysia

Sumber Gambar: Football Association of Malaysia