MHC ANJUR BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM NHDP BERSAMA MSN & KPM
MHC ANJUR BENGKEL PEMANTAPAN PROGRAM NHDP BERSAMA MSN & KPM
February 3, 2022 6:45 pm
KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 – Bengkel Pemantapan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) telah bermula semalam dan akan berakhir esok (Jumaat, 21 Januari 2022) adalah anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerusi Jawatankuasa Pembangunan MHC, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anjuran bengkel Program NHDP ini adalah untuk menganalisis dan mempertingkatkan pelan Program NHDP yang telah direncanakan secara komprehensif serta memastikan usaha untuk membangunkan sukan hoki di Malaysia dapat diselaraskan agar matlamat utama iaitu melahirkan pemain hoki yang berkualiti di peringkat akar umbi dapat dicapai.
Untuk pengetahuan, bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini menyaksikan penyertaan 170 peserta dimana 14 peserta merupakan Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), 14 wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), 14 wakil dari Persatuan Hoki Negeri dan 64 peserta merupakan Jurulatih Separuh Masa (JSM).
Penganjuran bengkel ini adalah salah satu langkah untuk memastikan sinergi antara Program NHDP bersama Persatuan Hoki Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Latihan Program NHDP terus kukuh.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.