My Sukan

KEJUARAAN B-23 AFF 2022 : HARIMAU MUDA INTAI SLOT AWAL KE SEPARUH AKHIR

KEJUARAAN B-23 AFF 2022 : HARIMAU MUDA INTAI SLOT AWAL KE SEPARUH AKHIR

February 7, 2022 6:00 pm

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2022 – Hanya kurang dari sebulan sahaja lagi menjelang saingan peringkat Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja yang bakal menyaksikan skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara berdepan laluan mencabar.

Myanmar akan jadi lawan pertama buat anak buah Brad Maloney pada 15 Februari yang mana perlawanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai “Wajib Menang” demi menaikkan moral pasukan bahkan membuka laluan lebih mudah ke peringkat seterusnya.

3 hari kemudian skuad pelapis negara akan bertemu Laos sebelum melengkapkan jadual peringkat kumpulan B menentang musuh tradisi, Indonesia pada 21 Februari yang juga juara bertahan kejohanan itu dan semua perlawanan bagi kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo dan Stadium Prince di Phnom Penh.

Untuk rekod, pada edisi lalu iaitu 2019, Malaysia menghantar skuad yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee namun mereka gagal melepasi peringkat kumpulan selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan tempat ketiga dengan mencatatkan satu seri dan 2 kekalahan.

Indonesia menjuarai edisi 2019 dengan menumpaskan Thailand 2-1 di final.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: FAM / Sinar Harian

Sumber Gambar: FAM