My Sukan

JBA ANJURKAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP JOHOR 2022 PADA 10-13 FEB INI

JBA ANJURKAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP JOHOR 2022 PADA 10-13 FEB INI

February 8, 2022 8:01 am

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2022 – Persatuan Badminton Johor (JBA) akan menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022 yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 13 Februari 2022 di Dewan NS Sport, Gelang Patah. Kejohanan edisi ke-10 ini akan mempertandingkan sebanyak tiga kategori iaitu bawah 16, bawah 14 dan juga bawah 12 tahun.

 

Mat Rashid Jahlil, Presiden JBA berkata, “Objektif penganjuran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai pemain di negeri Johor untuk mereka beraksi secara kompetitif. Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.”

 

“Selain itu, ini juga merupakan salah satu persiapan untuk persatuan mendapatkan kelompok pemain yang berpotensi untuk mewakili Johor bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) memandangkan para peserta masih lagi muda dan ada peluang untuk beraksi pada temasya itu kelak,” tambah beliau.

 

Tuan Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor pula berkata, “Saya juga percaya terdapat ramai pemain-pemain dari akar umbi yang sangat berbakat dan mereka perlu didedahkan kepada pertandingan kompetitif seperti ini. Sekiranya kita ingin berjaya, kita amat memerlukan kelompok pemain yang ramai untuk kita melatih mereka. Jadi, kejohanan seumpama ini sangat sesuai untuk mereka mempamerkan potensi dan bakat mereka seterusnya kita dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Majlis Sukan Negeri Johor

Sumber Gambar: Majlis Sukan Negeri Johor