ALIA ENGGAN DIGELAR SEKADAR ‘MAKAN ANGIN’ DI SEPANYOL
ALIA ENGGAN DIGELAR SEKADAR ‘MAKAN ANGIN’ DI SEPANYOL
February 15, 2022 4:54 pm
KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2022 – Malam kelmarin Siti Nur Alia Mansor telah selamat berlepas ke Sepanyol bagi menjalani latihan bersama Canyon-Sram Racing yang merupakan satu detik bersejarah buat dunia sukan tanah air memandangkan beliau kini muncul pelumba wanita Asia Tenggara pertama menyertai jelajah basikal profesional dunia.
Bagaimanapun, sejarah itu pastinya datang dengan tanggungjawab besar dipikul oleh pelumba muda dari Terengganu itu yang turut bertekad meyakinkan barisan kejurulatihan untuk merebut satu slot ke pasukan elit.
Alia akan diperkenalkan secara rasmi esok dan dijadualkan menyertai sesi latihan di sana dalam masa terdekat sebelum menyertai satu perlumbaan yang dijadualkan Mac depan bersama-sama rakan sepasukannya yang berstatus Olimpik.
“Mereka tetap pelumba profesional dan saya pula hanya pelumba dari Terengganu sahaja. Mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk ‘berkawan’ dengan pelumba lain yang berstatus Olimpik.
“Rasa takut dan berdebar kerana di sana ada pelumba berstatus Olimpik. Memang agak sukar untuk cuba bersaing dengan mereka tetapi saya akan cuba sehabis baik.
“Saya yakin dengan kemampuan diri untuk melakukannya,” jelas adik kepada atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor itu sebelum berlepas kelmarin.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.