KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2021 – Menjelang empat siri perlumbaan di Turki yang bakal disertainya bulan depan, jaguh pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Saleh akui semangatnya amat membara mahu mengulangi episod cemerlang tahun lalu yang memenangi siri perlumbaan Eropah.
Kejayaan pelumba berusia 33 tahun itu mengungguli Jelajah Eropah pada Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki pada Februari 2021 telah membuatkan dirinya dan rakan sepasukan mula dikenali dalam kalangan pelumba-pelumba Eropah.
“Seperti kebanyakan pelumba, saya inginkan kejayaan dan masih dahagakan kemenangan terutama di pentas Eropah walaupun cabaran tahun 2022 dirasakan lebih getir.
Tiga kejohanan besar yang akan berlangsung tahun ini turut menjadi keutamaan Mohd. Harrif iaitu Sukan SEA Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou yang mana pentas perlumbaan di Eropah ini akan menjadi tempoh persediaan buat dirinya dan rakan-rakan sepasukan.
Untuk rekod, bermula 28 Januari dan 1 Februari ini, TSG akan memulakan saingan 2022 di Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi sebelum beralih ke Turki bermula 5 hingga 20 Februari bagi empat siri perlumbaan.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.