KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2021 – Dakwaan bekas jurulatih terjun negara, Christian Brooker berkenaan amalan tidak telus mengenai peralatan dan kemudahan yang disediakan kepada atlet negara akan dikaji semula oleh Ketua Pengarah Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli.
Setakat ini, Ahmad Faedzal jelaskan sejak hampir tiga tahun bersama ISN, beliau tidak melihat sebarang permasalahan mengenai isu itu apatah lagi terdapat penyelewengan dalam soal peruntukan seperti mana dakwaan dalam satu komen di laman media sosial.
“Saya perlu selidik dulu asas Christian Brooker dalam membuat kenyataan tersebut, saya anggap ia sekadar satu bentuk kenyataan sahaja.
“Saya di peringkat dalaman percaya ISN sentiasa amalkan nilai dan SOP (prosedur operasi standard) yang telus. Saya perlu selidik dahulu untuk pastikan perkara ini tidak berlaku,” jelas beliau.
Selain itu, berita baik buat atlet negara yang telah digugurkan daripada program kebangsaan selepas Ahmad Faedzal sahkan mereka masih boleh meneruskan rawatan jika masih menjalaninya di ISN.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.