KONTINJEN MALAYSIA DIBARISI OLEH 60 ATLET & PEGAWAI KE SUKAN DEAFLYMPIC EDISI KE-24 – MSDEAF
KONTINJEN MALAYSIA DIBARISI OLEH 60 ATLET & PEGAWAI KE SUKAN DEAFLYMPIC EDISI KE-24 – MSDEAF
February 15, 2022 4:33 pm
KUALA LUMPUR, 13 Januari 2022 – Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) telah mengadakan mesyuarat persiapan kontingen Malaysia ke temasya Sukan Deaflympic Edisi ke-24 di Brazil yang dipengerusi oleh Ong Shin Ruenn, Presiden MSDeaf pada 7 Januari lepas. Mesyuarat tersebut telah menetapkan seramai 60 orang atlet dan pegawai yang akan mewakili negara dalam kontingen tersebut.
Kontinjen Malaysia akan menyertai enam jenis sukan iaitu Bolasepak, Badminton, Olahraga, Tenpin Bowling, Basikal Bukit dan Karate. Kesemua jurulatih tersebut kecuali jurulatih badminton Pekak negara telah hadir mesyuarat secara maya tersebut bersama Puan Nurul Fitiriati Admain, Pegawai Bahagian Paralimpik MSN.
Perbincangan mesyuarat itu adalah untuk menetapkan bilangan atlet-atlet Pekak negara yang akan bertanding selain mengumpulkan semua maklumat-maklumat penting persiapan kontinjen yang akan dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kecil dengan Ketua Pengarah MSN.
Untuk pengetahuan, Ong Shin Ruenn juga merupakan Ketua Kontinjen Malaysia dan Mohd Shahril Mohd Saupi, Pengurus Logistik MSDeaf akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kontingen negara yang dijadual berlangsung di Caxias do Sul, Brazil pada 15 hingga 18 Januari 2022 depan.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.