MALAYSIA MINAT MENJADI TUAN RUMAH SUKAN SEA EDISI KE-34 2027
MALAYSIA MINAT MENJADI TUAN RUMAH SUKAN SEA EDISI KE-34 2027
February 15, 2022 4:42 pm
KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 – Setelah Brunei menarik diri menjadi penganjur bagi temasya Sukan SEA Edisi ke-34 yang dijadual berlangsung pada 2027 nanti, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) telah menghubungi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menawarkan tugasan sebagai penganjur bagi temasya tersebut. Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM menjelaskan bahawa Malaysia berminat untuk menjadi penganjur temasya sukan edisi ke-34 itu pada sidang media selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM yang telah berlangsung semalam.
Beliau berkata, “Mesyuarat telah bersetuju menghantar surat ‘Expression of Interest’ (tunjuk minat) ke SEAGF manakala MOM akan memanjangkan makluman ini kepada kerajaan dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa yang sesuai.” Beliau juga menyatakan bahawa berdasarkan hubungan erat antara MOM dengan SEAGF, Malaysia berpeluang baik untuk mendapat hak penganjuran itu.
Pihak MOM akan melaksanakan pertimbangan yang mendalam mengenai kemampuan Malaysia menganjurkan Sukan SEA Edisi ke-34 pada 2027 dari segi peruntukan dana dan juga situasi pandemik COVID-19 pada masa itu sebelum mengesahkan mengambil keputusan untuk menganjurkan temasya tersebut.
Untuk pengetahuan, penganjuran temasya Sukan SEA di Malaysia telah diadakan sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.