My Sukan

MFL AKAN TINGKATKAN NILAI KOMPETITIF LIGA-M

MFL AKAN TINGKATKAN NILAI KOMPETITIF LIGA-M

February 15, 2022 4:35 pm

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2022 – Seperti mana saranan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang perlu diadakan sebanyak tiga pusingan namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berpendapat, belum ada keperluan agar perubahan drastik dilakukan buat masa ini.

Ketika ini juga laporan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum diterima sebelum sebarang tindakan diambil tatkala pihak MFL turut mengakui mereka berdepan kesukaran dalam menentukan pembentukan jadual liga disebabkan situasi dalam negara sejak beberapa musim ini.

Kebanyakkan pasukan juga difahamkan masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan status kelab ditambah pula tekanan dan kekangan COVID-19.

“Dengan kepelbagaian budaya di Malaysia, kami sesuaikan dengan hibrid sistem yang kami ada. Kami memandangkan serius perkara ini dan ia akan dikaji semula tetapi setakat ini liga kekal dengan format sedia ada,” jelas beliau semalam.

Bagaimanapun, nilai kompetitif itu akan tetap ditunaikan MFL namun pendekatannya mungkin berbeza dan akan disesuaikan bersama pelbagai aspek seperti padang latihan hingga liga pembangunan, dan bukan hanya penambahan perlawanan semata-mata.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Stadium Astro

Sumber Gambar: FAM