My Sukan

PIALA FA KEMBALI & PERTUKARAN WAKTU SEPAK MULA – MFL

PIALA FA KEMBALI & PERTUKARAN WAKTU SEPAK MULA – MFL

February 15, 2022 4:20 pm

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2022 – Pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengesahkan bahawa kejohanan bola sepak Piala FA akan dianjurkan pada tahun ini dan pemenang Piala FA akan mendapat tempat untuk beraksi pada kejohanan Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) 2023 nanti. Pihak MFL menyatakan bahawa format Piala FA akan dikekalkan seperti dahulu iaitu menggunakan format timbal balik bagi pusingan suku akhir dan separuh akhir.

Pada masa kini, perlawanan akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos 2022, manakala penutup tirai Liga Malaysia (Liga M) iaitu final Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022. Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL menjelaskan bahawa Liga Super akan berlangsung bermula 4 Mac hingga 16 Julai bagi pusingan pertama dan diikuti dengan pusingan kedua bermula pada 19 Julai hingga 17 September 2022. Pusingan pertama Liga Premier akan bermula pada 5 Mac hingga 28 Mei dan sambung pada 25 Jun hingga 3 September 2022.

Beliau menyatakan bahawa pihak MFL telah menukarkan waktu permulaan bagi saingan Liga Super kepada 7.30 malam bagi Sabah dan 8.15 malam bagi Sarawak, manakala di Semenanjung bermula pada 8.15 dan 9 malam. Bagi bulan Ramadan, perlawanan akan bermula pada 9.15 malam di Sabah dan Sarawak, serta 10 malam di Semenanjung.

“Pertukaran waktu sepak mula diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan menerusi penyiaran, kehadiran penonton ke stadium dan aktiviti sampingan lain seperti aktiviti sebelum perlawanan,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: BERNAMA

Sumber Gambar: Malaysian Football League