KUALA LUMPUR, 13 Januari 2022 – Peminat bola sepak tanah air sedih setelah mendapati berita mengenai Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh telah meninggal dunia petang semalam pada usia 61 tahun. Beliau merupakan seorang pemain pertahanan bagi pasukan Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan sebelum memulakan kerjayanya sebagai personaliti televisyen pada tahun 1997.
Untuk pengetahuan, pencapaian terbaik beliau dalam kerjaya bola sepaknya adalah kemunculan sebagai juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989; juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989; juara Piala FA pada 1993 dan 1994; serta membantu skuad negara mengutip pingat emas pada temasya Sukan SEA 1989 dan pingat gangsa pada Sukan SEA 1985.
Shebby Singh yang dilahirkan pada 20 Ogos 1960 dan berasal dari Kluang, Johor menyertai skuad bola sepak negara pada tahun 1982 dimana kejohanan pertama beliau bersama skuad tersebut adalah kejohanan Piala Presiden Korea Selatan. Beliau bersara dari skuad negara setelah beraksi menentang pasukan England di Stadium Merdeka pada tahun 1991 dengan mengumpulkan 61 caps.
Shebby Singh meninggalkan bekas isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.