KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2022 – Bekas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akui beliau sudah bersedia mempamerkan taringnya dalam Kejohanan Superbike Dunia yang akan membuka tirai lebih kurang tiga bulan sahaja lagi dengan mewakili pasukan Honda MIE Racing.
Pelumba berusia 27 tahun yang turut dikenali sebagai El Pescao jelaskan waktu singkat persiapan tidak menghalangnya untuk bergandingan dengan pelumba Argentina, Leandro Mercado yang mana beliau akan menggunakan jentera baru iaitu CBR1000RR.
“Alat ganti motosikal saya mungkin akan lengkap sampai bulan depan.
“Pemilik pasukan maklumkan bahawa saya mungkin akan mula dapat menguji jentera pada pertengahan bulan depan atau Mac, iaitu menjelang perlumbaan sebenar.
“Bagi saya ia agak singkat, tidak banyak masa untuk saya (luangkan) bersama motosikal,” jelas Hafizh sewaktu ditemu bual rakan media.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.