My Sukan

YAKEB NAFI TAK BANTU LEE PENG

YAKEB NAFI TAK BANTU LEE PENG

February 15, 2022 4:59 pm

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2022 – Persatuan Badminton J

KUALA LUMPUR, 17 JANUARI 2022 – Sejak beberapa hari lalu heboh diperkatakan di media sosial mengenai Olahragawati Paralimpik 2016, Koh Lee Peng yang kini menyara hidup dengan menjual barangan kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di Bukit Bintang. 

Kisah tersebut ternyata mendapat perhatian banyak pihak termasuk Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang menyangkal dakwaan tiada bantuan disalurkan kepada bekas atlet renang para negara itu.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dalam kenyataanya berkata, sejak 2019 Lee Peng sudah menerima pelbagai sumbangan termasuk tawaran menyertai Kursus Kemahiran & Keusahawanan anjuran bersama Yayasan Hasanah.

Lee Peng turut dikatakan telah menerima RM5,000 daripada Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Oktober 2019 dan sememangnya berada dalam senarai “pemerhatian” Skuad Prihatin YAKEB.

Pada tahun yang sama, YAKEB turut menyalurkan bantuan memperbaiki kerusi rodanya serta memberi sumbangan berbentuk wang tunai pada 2020 bagi meringankan beban bekas atlet berusia 48 tahun tatkala negara dihimpit pandemik COVID-19.

“Pada ketika YAKEB menganjurkan kursus kemahiran (tahun lalu), kita juga memanggil dia untuk mengikutinya namun dia tidak mengambil peluang berkenaan.

“Pada 24 Januari ini, kita juga sekali lagi menawarkan Kursus Kejurulatihan-Sains Sukan Tahap 1 tetapi itu terpulang kepadanya untuk mengikutinya ataupun tidak. 

“Kursus kemahiran (perniagaan) yang kita anjurkan sebelum ini turut menyalurkan banyak peralatan untuk peserta memulakan perniagaan, jadi YAKEB berharap mana-mana atlet sekali pun mengambil peluang ini. 

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa perlu menimbulkan persoalan daripada netizen bahkan semoga nasib atau masa depan pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di temasya Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 terbela dalam masa akan datang.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

ohor (JBA) akan menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2022 yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 13 Februari 2022 di Dewan NS Sport, Gelang Patah. Kejohanan edisi ke-10 ini akan mempertandingkan sebanyak tiga kategori iaitu bawah 16, bawah 14 dan juga bawah 12 tahun.

 

Mat Rashid Jahlil, Presiden JBA berkata, “Objektif penganjuran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai pemain di negeri Johor untuk mereka beraksi secara kompetitif. Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.”

 

“Selain itu, ini juga merupakan salah satu persiapan untuk persatuan mendapatkan kelompok pemain yang berpotensi untuk mewakili Johor bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) memandangkan para peserta masih lagi muda dan ada peluang untuk beraksi pada temasya itu kelak,” tambah beliau.

 

Tuan Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor pula berkata, “Saya juga percaya terdapat ramai pemain-pemain dari akar umbi yang sangat berbakat dan mereka perlu didedahkan kepada pertandingan kompetitif seperti ini. Sekiranya kita ingin berjaya, kita amat memerlukan kelompok pemain yang ramai untuk kita melatih mereka. Jadi, kejohanan seumpama ini sangat sesuai untuk mereka mempamerkan potensi dan bakat mereka seterusnya kita dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

Sumber: Berita Harian

Sumber Gambar: YAKEB / Focus Malaysia