My Sukan

MALONEY KECEWA MYANMAR TARIK DIRI, MAHU ANAK BUAH FOKUS AKSI LAOS

MALONEY KECEWA MYANMAR TARIK DIRI, MAHU ANAK BUAH FOKUS AKSI LAOS

February 16, 2022 5:11 am

KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2022 – Teka-teki barisan yang akan disenaraikan oleh jurulatih skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bagi menghadapi Piala Asia Wanita di Muscat, Oman dari 21 hingga 28 Januari ini akhirnya terjawab dengan skuad itu rata-rata dibarisi pemain berusia di bawah 23 tahun.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan semalam, lima pemain senior akan memperkuatkan skuad negara tatkala 12 pemain lagu bakal membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa.

Pengendali berusia 46 tahun itu dalam kenyataannya berkata, “Secara realistik, dengan keadaan semasa dan kekangan yang kami hadapi, kami sedar di mana tahap pasukan jika dibandingkan dengan pasukan gergasi Asia lain.

India, Jepun dan Singapura bakal menjadi halangan pertama buat Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A sekali gus merupakan satu peluang buat skuad muda negara bersaing bersama pasukan terbaik di Asia.

Sementara itu, Kumpulan B terdiri daripada China, Korea, Thailand dan Indonesia menyaksikan hanya dua pasukan teratas dalam peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir dalam kejohanan yang turut menjadi platform kelayakan bagi Kejohanan Piala Dunia Wanita 2022.

Menurut Nasihin lagi, kesemua pemain yang terpilih telah dinilai berdasarkan tahap kualiti dipamerkan mereka semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan serta beliau turut berharap pemainnya dapat menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan serta tempo permainan yang pantas terutamanya di peringkat yang tinggi.

Senarai 20 pemain ke Muscat

1. Siti Rozailah Jilon (Penjaga gol)

2. Siti Zalia Nasir (Penjaga gol)

3. Juliani Mohamad Din (Pertahanan)

4. Raja Norsharina Raja Shabuddin (Pertahanan)

5. Nurul Faezah Shafiqah Khalim (Pertahanan)

6. Iren Hussin (Pertahanan)

7. Dayang Nuramirah Aband Mahadini (Pertahanan)

8. Nurul Fatin Fatiah Azman (Pertahanan)

9. Nuraini Abdul Rashid (Tengah)

10. Fatin Shafika Mahd Sukri (Tengah)

11. Nur Syuhada Suhaimi (Tengah)

12. Nur Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (Tengah)

13. Nur Insyirah Effarizal (Tengah)

14. Nuramirah Shakirah Zulkifli (Penyerang)

15. Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad (Penyerang)

16. Siti Zulaikha Husain (Penyerang)

17. Siti Nur Arfah Mohd Nor (Penyerang)

18. Nur Atira Mohamad Ismail (Penyerang)

19. Nur Afiqah Syahzani Azhar (Penyerang)

20. Hanis Nadiah Onn (Penyerang)

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

 

Sumber: MHC

Sumber Gambar: MHC