haziq

ERRY HIDAYAT MAHU REBUT SLOT AUTOMATIK KE BIRMINGHAM DI SINGAPURA

ERRY HIDAYAT MAHU REBUT SLOT AUTOMATIK KE BIRMINGHAM DI SINGAPURA

February 17, 2022 8:42 am

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2022 – Selepas terlepas peluang untuk layak secara automatik ke Sukan Komanwel di Uzbekistan, Disember lalu biarpun menggondol pingat perak, kini Atlet Angkat Berat Negara, Erry Hidayat bertekad mahu merebut slot itu dalam satu lagi kelayakan yang akan berlangsung di Singapura, dari 23 hingga 28 Februari ini.

Difahamkan, hanya peserta yang menamatkan ranking di kedudukan lapan terbaik sahaja di Singapura akan layak ke Birmingham sekali gus jika berjaya, Erry akan turut mengiringi Aznil Bidin dan Aniq Kasdan yang sudah pun ‘sah’ menempah slot di Sukan Komanwel.

“Saya akan cuba dapatkan emas dan layak ke Birmingham pada tahun ini. Saya sudah menjalani persiapan selama dua bulan, semuanya berjalan lancar,” jelas atlet berusia 23 tahun itu.

“Dengan latihan keras, pasti ada sedikit kecederaan ringan yang dihadapi.

“Sudah tentu ada tekanan kerana bermacam tanggungjawab yang perlu digalas terutama Sukan Komanwel dan Sukan SEA memandangkan kami adalah sandaran pingat,” tambah beliau.

 

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #B2022 #Birmingham2022 #Weightlifting #AngkatBerat

Sumber: Stadium Astro

Sumber Gambar: Malaysiasports