lavinesh

MAKSAK JOHOR BAKAL LEBIH PERKASA HASIL PERTEMUAN DENGAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

MAKSAK JOHOR BAKAL LEBIH PERKASA HASIL PERTEMUAN DENGAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

February 18, 2022 4:10 am

ISKANDAR PUTERI, 18 Februari 2022 – Pihak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Johor telah mengadakan pertemuan bersama Tuan Haji Onn bin Jabar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) pada Isnin lepas (7 Februari 2022) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Ledang Heights, Iskandar Puteri.

Tujuan pertemuan tersebut yang diketuai oleh Encik Nor Syazlan Bin Abd Razak selaku Setiausaha Kehormat MAKSAK Johor adalah untuk memberi penerangan berkaitan operasi MAKSAK Johor serta kegiatan-kegiatan yang akan dilaksanakan termasuk pengelolaan Kejohanan MAKSAK Games 2022 – Olahraga yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Antara usaha untuk memperkasakan MAKSAK Johor yang dibincangkan termasuk penubuhan MAKSAK di Daerah-Daerah dalam usaha mengaktifkan pergerakan sukan di kalangan kakitangan kerajaan di peringkat akar umbi telah mendapat respon positif dari Tuan Hj Onn.

Untuk pengetahuan, Encik Jani Ahmad, Penolong Setiausaha Kehormat MAKSAK Johor dan Puan Siti Hajar Binti Abd Rahim selaku Setiausaha Kerja MAKSAK Johor juga turut hadir pada pertemuan tersebut.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#mySukanTV #BeritaSukan #MAKSAK #MAKSAKJohor #pertemuan #operasi #penubuhan #MAKSAKDaerah

Sumber: MAKSAK Johor

Sumber Gambar: MAKSAK Johor