haziq

MALAYSIA MAMPU TUMBANGKAN JEPUN – REXY MAINAKY

MALAYSIA MAMPU TUMBANGKAN JEPUN – REXY MAINAKY

February 18, 2022 6:36 am

SHAH ALAM, 18 FEBRUARI 2022 – Kemenangan kedua bagi peringkat Kumpulan B semalam ke atas Kazakhstan 5-0 ternyata membuka laluan ke Separuh Akhir buat skuad lelaki negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Kini, Malaysia mengintai untuk menjuarai Kumpulan B dengan syarat menumpaskan gergasi badminton dunia, Jepun dalam saingan yang bermula jam 4 petang hari ini.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, Malaysia ternyata memiliki kelebihan pengalaman berbanding Jepun yang menyenaraikan rata-rata pemain bukan daripada skuad utama.

“Saya bukannya memandang rendah Jepun tetapi dari segi pengalaman ia memang memihak kepada kita. Bagi saya, kita dibarisi pemain-pemain berpengalaman dilihat ada masalah untuk mengatasi Jepun yang dibarisi pemain-pemain muda.

“Pemain kita mempunyai kelebihan itu. Tapi yang penting adalah pemain kekal fokus baik dalam kedua-dua acara perseorangan ataupun beregu dan jika itu berjaya dilakukan, saya fikir tiada masalah untuk kita menentang Jepun,” jelas beliau.

Terdapat perubahan daripada senarai pemain yang turun beraksi hari ini berbanding semalam menyaksikan Lee Zii Jia kembali mengetuai cabaran pemain perseorangan selain Leong Jun Hao dan Aidil Sholeh.

Manakala, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei –Nur Izzuddin Rumsani kekal beraksi dalam acara beregu.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BATC2022 #BadmintonMalaysia #BAM

Sumber: Sinar Harian 

Sumber Gambar: BAM