KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2022 – Nama Malaysia mula disebut-sebut di bumi Amerika Syarikat setelah pemain skuasy negara, S Sivasangari dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Ivy League menerusi pengumuman di laman web pasukan sukan rasmi Universiti Cornell, https://cornellbigred.com.
Dengan rekod kemenangan 12-0 sepanjang perlawanan musim ini, Sivasangari muncul pemain pertama dari Universiti Cornell yang menerima anugerah itu.
Anugerah itu juga menyaksikan pemain berusia 23 tahun dari Kedah yang kini berpangkalan di AS diserapkan ke dalam pasukan All-Ivy League.
“Sangat gembira kerana dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Ivy League! Sorakan kepada pasukan terbaik saya di Cornell,” jelas Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-26 dunia menerusi media sosialnya.
Untuk pengetahuan, Ivy League merupakan persidangan olahraga bagi kolej-kolej di Amerika Syarikat termasuk universiti yang berprestij dan terpilih antaranya Harvard, Yale, Princeton dan Columbia.
Senarai Anugerah Ivy League:
Pemain Terbaik: Sivasangari Subramaniam (Cornell)
‘Rookie of the Year’: Farida Mohamed (Columbia)
Jurulatih Terbaik: Mike Way (Harvard)
Pasukan All-Ivy League Team:
Sin Yuk Chan, Farida Mohamed, Habiba Mohamed (Columbia), Sivasangari Subramaniam, Wen Li Lai (Cornell), Hana Moataz, Marina Stefanoni, Habiba Eldafrawy, Serena Daniel (Harvard), Andrea Toth (Princeton)
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.