haziq

AFF U-23 : MALAYSIA TIADA PILIHAN KECUALI MENANG BESAR KE ATAS LAOS

AFF U-23 : MALAYSIA TIADA PILIHAN KECUALI MENANG BESAR KE ATAS LAOS

February 21, 2022 5:20 am

PHNOM PENH, 21 FEBRUARI 2022 – Hari ini Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) akan turun sekali lagi berdepan Laos bagi merebut slot ke separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Nasional Morodok Techno, Phnom Penh, Kemboja selepas mereka tumpas 1-2 kepada lawan sama pada Jumaat.

Barisan pemain kendalian Brad Maloney ini tampak tumpul dalam perlawanan itu sehingga membuatkan mereka tidak lagi digeruni oleh Laos yang sebelum ini merupakan pasukan belasahan.

“Dari segi keputusan, memang kami kecewa tetapi Laos memang memiliki kualiti dan kami perlu hormatinya. Kita pun mahu beri kejayaan buat peminat, namun adalah tidak adil untuk membandingkan kami dengan skuad senior.

“Kami perlu belajar sesuatu daripada perlawanan pertama. Saya juga mungkin akan buat perubahan dan mungkin ia akan babitkan tiga atau empat pemain.

“Lupakan apa yang jadi dan kita perlu melihat kepada perlawanan Isnin ini. Kami juga tiada sebarang kecederaan serius dan perkara utama adalah pemain perlu belajar daripada apa yang sudah berlaku,” jelas pengendali kelahiran Australia itu semalam sewaktu sidang media.

Satu tamparan lagi buat Maloney selepas beliau kehilangan khidmat 3 lagi pemain iaitu Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan termasuk penolong jurulatih, Khan Hung Meng yang disahkan positif COVID-19 sewaktu ujian saringan yang dilakukan di hotel penginapan kelmarin.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #AFFU23 #FAM

Sumber: FAM

Sumber Gambar: FAM