haziq

KEJOHANAN KUDA MERAH MUAY THAI KWP & DBKL BUKA TIRAI JUMAAT INI

KEJOHANAN KUDA MERAH MUAY THAI KWP & DBKL BUKA TIRAI JUMAAT INI

February 21, 2022 5:13 am

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2022 – Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan dari 25 hingga 27 Februari ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 34 peninju.

Difahamkan, seramai empat atlet dari kelab Muay Thai Kuda Merah akan turut menyertai kejohanan itu dan kini sedang giat melakukan persiapan penuh menurut presidennya Rosli Yaacob.

“Kesemua peninju yang akan menyertai kejohanan ini sedang melakukan persiapan penuh bagi merebut tali pinggang yang akan dipertandingkan.

“Bagaimanapun diharapkan peninju-peninju Kuda Merah tidak memandang remeh lawan masing-masing memandangkan lawan lain turut berlatih keras untuk menang,” jelas beliau.

Sebanyak lapan tali pinggang akan menjadi rebutan mulai Jumaat ini antaranya tali pinggang Menteri Wilayah, tali pinggang Sinar Harian, tali pinggang Majlis Sukan Wilayah dan tali pinggang Datuk Bandar.

Tiket bagi menghadiri kejohanan ini oleh didapati menerusi Facebook Muay Thai Kuda Merah.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #muaythaimalaysia

Sumber: Sinar Harian 

Sumber Gambar: FB Muay Thai Kuda Merah