haziq

ULANG TAHUN KE-51 MAJLIS SUKAN NEGARA

ULANG TAHUN KE-51 MAJLIS SUKAN NEGARA

February 22, 2022 4:12 am

BUKIT JALIL, 22 FEBRUARI 2022 – Semalam, 21 Februari 2022 genaplah ulang tahun ke-51 buat Majlis Sukan Negara (MSN) yang selama ini menjadi tunjang kepada arena sukan tanah air sama ada diperingkat dalam negara mahu pun antarabangsa.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataannya berkata, MSN kini lebih bersedia mengharungi segala onak dan cabaran demi meletakkan sukan Malaysia di peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam empat temasya besar tahun ini iaitu Sukan SEA Hanoi (Mei), Sukan Komanwel Birmingham (Julai-Ogos), Sukan Asia Hangzhou (September) dan Sukan Para Asia (Oktober).

“Sesungguhnya tahun ini sangat menguji kita kerana keadaan kekangan yang dihadapi ekoran pandemik COVID-19, tetapi MSN akan terus memikul tangungjawab ini buat negara tercinta. 

“MSN akan terus berdiri teguh dan komited dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita,” ucapan beliau dalam video sambutan ulang tahun yang dimuat naik.

Untuk rekod, Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan MSN pada 21 Februari 1972 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979).

Kini, pembangunan bakat dan persediaan atlet ke sukan berprestasi tinggi merupakan asas kekuatan MSN yang telah menjayakan pelbagai program termasuk Program Jaya 98, Program Gemilang 2001, Road to Rio 2016, Program Kita Juara 2017 dan Road to Tokyo 2020 sepanjang lima dekad ini.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MajlisSukanNegaraMalaysia #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia

Sumber: MSN

Sumber Gambar: MSN