haziq

PRESIDEN BAHARU PSM IKRAR MAHU SEGERA BERBAIK DENGAN ASTAF

PRESIDEN BAHARU PSM IKRAR MAHU SEGERA BERBAIK DENGAN ASTAF

February 23, 2022 3:05 am

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2022 – Presiden baharu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan melaungkan azam untuk memastikan badan induk itu kembali menjadi ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dalam masa terdekat.

“PSM akan membuat permohonan rasmi bagi menyertai semula ASTAF sebagai ahli gabungan yang sah dalam masa terdekat.

”Permohonan ini juga mengambil kira pengiktirafan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terhadap PSM sebagai badan induk bagi sukan sepak takraw negara.

“PSM yakin kepimpinan tertinggi ASTAF akan meneliti dan membuat penilaian sewajarnya terhadap permohonan semula PSM untuk kembali menyertai badan induk sepak takraw Asia tersebut.

“Permohonan untuk menyertai semula Keluarga ASTAF tidak lain tidak bukan adalah bagi memastikan kedua-dua entiti ini dapat bersama-sama memacu usaha pembangunan sukan sepak takraw di rantau Asia,” jelas beliau sejurus tamatnya Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM semalam.

Semalam juga, Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Zuraidin Abdullah sah dilantik sebagai Naib Presiden Empat manakala Datuk Abidullah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung dibantu Penolong Setiausaha Satu, Yusoff Ali dan Penolong Setiausaha Dua, Mohd Jaffrey Mohd Zainol.

Untuk rekod, PSM disingkirkan oleh ASTAF selepas bekas presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail bertindak menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari 2021 atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF.

Tindakan tersebut ternyata melanggar perjanjian dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #ASTAF #PSM #Sepaktakraw

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : Berita Harian