haziq

DANA RM240 JUTA KEMBALI ‘HIDUPKAN’ PROGRAM PODIUM

DANA RM240 JUTA KEMBALI ‘HIDUPKAN’ PROGRAM PODIUM

February 24, 2022 4:39 am

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2022 – Perkhabaran gembira disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam menyaksikan peruntukkan sejumlah RM240 juta telah diluluskan bagi meneruskan Program Podium di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengumuman itu ternyata amat ditunggu-tunggu oleh ‘keluarga sukan’ di Malaysia khususnya kumpulan atlet yang digugurkan sebelum ini atas sebab kekangan kewangan yang mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak menolak kemungkinan status atlet tersebut akan kembali dinilai.

“Kita mendengar keluhan daripada atlet yang ditamatkan kontrak. Kita mendengar harapan daripada pencinta sukan tanahair. Kita mendengar keluhan daripada kepimpinan persatuan sukan dan saya bawakan suara mereka ini ke mesyuarat jemaah menteri.

“Alhamdulillah, jemaah menteri mendengar dan meluluskan perkara ini. InsyaAllah, kita akan kaji semula semua kontrak yang ditamatkan akibat ketiadaan peruntukan sebelum ini,” jelas beliau.

Untuk rekod, Program Podium yang diperkenalkan lima tahun lalu berakhir sebaik tamatnya temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan ianya memberi fokus terhadap sukan yang mampu membutirkan pingat buat kontinjen negara seperti berbasikal trek dan terjun.

Dalam perkembangan lain, KBS juga umumkan bahawa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma 2022 yang dijadualkan dianjurkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara berfasa dan mematuhi syarat gelembung sukan.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #KBS #MSN #Podium #DemiMalaysia

Sumber : KBS Malaysia

Sumber Gambar : KBS Malaysia