SHAH ALAM, 24 FEBRUARI 2022 – Peminat sukan bola tampar tanah air pastinya gembira dengan perkhabaran kembalinya Liga Bola Tampar Malaysia yang kali ini bakal dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dewan Bola Tampar, Seksyen 4, Shah Alam bermula 8 hingga 13 Mac ini dengan penyertaan lapan pasukan.
Selepas 10 tahun menyepi, kini lapan pasukan tersebut yang terdiri daripada Selangor Lion, ATM Wolf, Johor Tiger, Sarawak Hornbill, Bomba Dragon, Kuala Lumpur Shark, Sabah Rhino dan Putrajaya Hawk bakal berentap hasil usaha dan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bersama MBSA.
Ketua bahagian korporat dan perhubungan MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kejohanan itu akan turut disertai pemain dari luar negara bagi setiap pasukan sekali gus mampu mempromosikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan.
“MBSA menyasarkan kejohanan ini untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar selain diketengahkan ke pertandingan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Hadiah keseluruhan kejohanan itu dilaporkan bernilai RM42,000 yang mana wang tunai RM20,000 dan medal bakal menanti sang juara manakala naib juara akan menerima wang tunai RM10,000 dan medal diikuti tempat ketiga serta keempat masing-masing RM8,000 dan RM4,000 berserta medal.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.