9 PEMAIN SKUAD B-23 NEGARA MASIH TERKANDAS DI KEMBOJA
9 PEMAIN SKUAD B-23 NEGARA MASIH TERKANDAS DI KEMBOJA
February 25, 2022 5:42 am
KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2022 – Menerusi hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam tadi, seramai sembilan pemain dan tiga pegawai skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara yang menyertai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja kini masih terkandas disana berikutan positif Covid-19.
Difahamkan, kesemua 12 individu itu termasuk pengurus pasukan, Datuk Posa Majais kini sedang menjalani kuarantin di sana sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, malam tadi juga baki 19 pemain bersama barisan kejurulatihan yang lain telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan yang diuruskan oleh Malaysia Airlines, akan penerbangan rasmi FAM.
Terdahulu, anak buah Maloney gagal mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan tersebut selepas mengalami dua kekalahan kepada Laos dalam saingan Kumpulan B.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.