KEJUARAAN ATC 2022 : HAKIM DANISH SASAR JADI JUARA KESELURUHAN
KEJUARAAN ATC 2022 : HAKIM DANISH SASAR JADI JUARA KESELURUHAN
February 25, 2022 4:57 am
KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2022 – Biarpun menamatkan saingan musim lalu di kedudukan kelima keseluruhan yang mana ia meruapakan musim pertamanya, kini pelumba cilik meningkat naik, Hakim Danish Ramli melaungkan azam untuk menjuarai perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) 2022.
Saingan itu akan bermula bulan depan dan Hakim akui beliau mahu memperbaiki pencapaian musim lepas dengan mengumpul lebih daripada 57 mata dalam musim sulungnya itu.
“Matlamat saya adalah untuk menjadi juara tetapi sudah tentu saya perlu mengambil langkah demi langkah untuk mencapai impian saya di ATC 2022,” jelas pelumba kelahiran Terengganu itu.
Bermula hari ini dan esok, Hakim Danish akan menjalani sesi ujian rasmi di Qatar selepas beliau bersama-sama tiga lagi pelumba Malaysia iaitu Farres Putra Fadhill, Emil Idzhar Ezuan dan Farish Hafiy Farid Sezli selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Untuk rekod, Hakim Danish yang kini berusia 14 tahun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sebanyak tiga kali musim lalu masing-masing di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
Pusingan 1 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 4 hingga 6 Mac diikuti Pusingan 2 di Litar Mandalika, Indonesia (18-20 Mac); Litar Twin Ring Motegi, Jepun (23-25 September) dan Litar Antarabangsa Chang, Thailand (30 September- 2 Oktober) bagi Pusingan 4.
Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi tuan rumah Pusingan 5 dari 21-23 Oktober dan Pusingan 6 yang juga perlumbaan terakhir 2022 akan sekali lagi berlangsung di Litar Mandalika dari 11-13 November.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.