haziq

JACKIE WONG SEDIA GEGAR HANOI SELEPAS RAIH EMAS DI IPOH

JACKIE WONG SEDIA GEGAR HANOI SELEPAS RAIH EMAS DI IPOH

February 28, 2022 4:57 am

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2022 – Seperti dijangka, jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer tidak berdepan masalah meraih pingat emas dalam Kejuaraan Perak All-Comers di Ipoh, Sabtu lalu sekali gus memberi gambaran bahawa dia telah bersedia kembali mengaum di temasya Sukan SEA Hanoi, Mei depan.

Dengan rekod balingan sejauh 65.37 meter (m), Jackie Wong meraih emas sambil mencipta rekod baharu yang sebelum ini dipegang oleh pemenang pingat perak iaitu Sadat Marzuqi Ajisan (56.21m) yang kali ini mencatatkan 58.98m, sementara pingat gangsa jadi milik Rizad Azri Che Radzi (47.83m).

Bagi acara lompat tinggi pula, Mohamad Farhan Azman berjaya menewaskan atlet berpengalaman, Lee Hup Wei untuk meraih pingat emas dengan ketinggian (1.95m) diikuti perak jadi milik Tan Zhi Hang (1.95m) dan gangsa, Muhammad Aiman Amsyar Artino (1.95m).

Tidak ketinggalan, acara kegemaran ramai iaitu 100 meter (m) lelaki menyaksikan Muhammad Arsyad Md Saat menggondol pingat emas dengan catatan 10.59 saat (s) menewaskan Jonathan Nyepa (10.64s) di tempat kedua manakala ketiga, Muhammad Haiqal Hanafi (10.73s).

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #PerakAllComers2022 #trackandfield

Sumber : Sinar Harian

Sumber Gambar : IG Jackie Wong