KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2022 – Tali pinggang KWP jadi milik petinju Muay Thai Kelab Kuda Merah PDRM, Madzlisham Mohamed semalam yang menumbangkan Muhammad Al-Adnin Osman dari Kelab Muay Thai Tebuan Emas dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2022 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Kejayaan itu ternyata merupakan satu amaran bahawa petinju berusia 22 tahun itu kini sudah bersedia merebut tempat bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan Sea di Hanoi, Mei depan.
Sementara itu, Mohd Rais Mohd Junaidi, seorang lagi petinju Kelab Kuda Merah PDRM turut menyambar tali pinggang superfight tajaan Sinar Harian dengan menewaskan Muhammad Rasyidi Mohd Rofi yang mewakili Kelab Muay Thai Ara Selangor.
Dalam pada itu, petinju Super Boy Extreme Muay Thai Selangor, Lim Chun Fong, Wingen Seaw (Muay Thai Shark KL) dan Khuzairi Azmi Mohd Kamal (KL Seven PMKL berjaya) memenangi baki tali pinggang superfight yang dipertandingkan selepas menumbangkan lawan masing-masing.
Untuk rekod, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari berjaya meraih penyertaan seramai 34 petinju menyaksikan sambutan yang meriah diterima oleh penganjur Kelab Muay Thai Kuda Merah dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan DBKL sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas DBKL.
Senarai Pemenang Acara Lain :
Super 4 kategori 54kg – Faisal Mat Dris (kelab Muay Thai Piranha Pahang)
Super 4 kategori 60kg – Putra Abdullah Mahmoud (Jordan Top Team)
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.