haziq

PESILAT NEGARA RAIH 12 PINGAT DI SINGAPURA

PESILAT NEGARA RAIH 12 PINGAT DI SINGAPURA

February 28, 2022 5:01 am

SINGAPURA, 28 FEBRUARI 2022 – Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 edisi kelapan di Singapura telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan 12 pingat berjaya dibawa pulang oleh kontinjen pencak silat negara.

Pesilat negara yang diketuai oleh bekas juara dunia, Mohd Al Jufferi Jamari terpaksa berputih mata meraih pingat perak dalam lima kategori pada hari terakhir di Arena OCBC selepas tumpas kepada lawan masing-masing dari Vietnam dan Singapura.

Mohd Al Jufferi terpaksa menarik diri sebelum berdepan Vu Duc Hung dalam kategori putra kelas F selepas beliau mengalami kecederaan sewaktu aksi separuh akhir, sementara kategori putra kelas C pula menyaksikan Mohamad Hazim Amzad tumpas kepada Vu Van Kien 19-33.

Bagi kategori putra kelas G, Mohd Fauzi Khalid tewas kepada Nguyen Tang Sang 12-26 manakala Zulaikha Razaman tumpas kepada Le Thi Van Anh dalam kategori puteri kelas C dan seorang lagi pesilat negara, Nor Farah Mazlan tunduk kepada pesilat tuan rumah, Nadhrah Sahrin 10-21 dalam kategori puteri kelas A.

Malaysia turut meraih empat pingat gangsa dalam hari terakhir semalam menerusi Mohamad Amirudin Adzmi (putra kelas C), Billage Anak Nakang (terbuka putra 1), Luqman Laji (acara jurus tunggal Putra) dan Muhamad Robial Sobri (putra kelas J).

Terdahulu, Malaysia raih 2 pingat emas pada Sabtu menerusi Nur Syafiqah Hamzah dan Muhammad Khairi Adib Azhar menerusi acara jurus tunggal Puteri dan putra kelas B manakala trio regu puteri iaitu Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Nur Khairunnisa Hail sumbangkan pingat perak.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #PencakSilat

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Malaysiasports / MSN