haziq

PKBM LEGA SKUAD BERBASIKAL LEBUHRAYA DAPAT TIKET ‘KATEGORI A’

PKBM LEGA SKUAD BERBASIKAL LEBUHRAYA DAPAT TIKET ‘KATEGORI A’

March 2, 2022 3:48 am

KUALA LUMPUR, 2 MAC 2022 – Satu kelegaan dan berita gembira buat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selepas Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan permohonan untuk meletakkan atlet berbasikal lebuh raya dalam Kategori A menjelang Sukan SEA Vietnam, Mei depan.

Ketua jurulatih, Datuk Ng Joo Ngan berkata “Pemilihan akan dilakukan dalam perlumbaan Jelajah Thailand dan Jelajah Terengganu, jadi kami akan melihat keputusan mereka terlebih dahulu.

“Ia tidak bermakna pelumba daripada pasukan luar (skuad kebangsaan) tidak boleh menyertai kami, mereka masih boleh menyertai kami asalkan mencapai standard yang diperlukan,” jelas beliau.

Difahamkan, sasaran dan misi utama skuad berbasikal lebuh raya adalah untuk menyapu ‘bersih’ pingat emas dalam temasya tersebut lantas kerjasama dan strategi amat penting jelas Joo Ngan demi mengelakkan sebarang kesilapan.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #SukanSEAVietnam2022 #BerbasikalLebuhRaya #PKBM

Sumber : Stadium Astro

Sumber Gambar : Malaysian National Cycling Federation