RENANG TERBUKA MALAYSIA : KHIEW HOE YAN SAPU DUA EMAS DI HARI PERTAMA
RENANG TERBUKA MALAYSIA : KHIEW HOE YAN SAPU DUA EMAS DI HARI PERTAMA
March 4, 2022 3:46 am
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2022 – Hari pertama Kejohanan Renang Terbuka Malaysia semalam menyaksikan perenang muda negara, Khiew Hoe Yan paling mencuri tumpuan apabila membawa pulang dua pingat emas.
Hoe Yan yang mewakili Kuala Lumpur ternyata merupakan prospek terbaik dalam kem kebangsaan sekali gus pertembungannya bersama Welson Sim amatlah ditunggu-tunggu dalam acara 400 meter gaya bebas.
Ternyata perenang berusia 20 tahun itu berada di kelas tersendiri apabila beliau berjaya menewaskan Welson yang mewakili Sarawak dengan catatan 3 minit 50.56 saat sekali gus menempah slot ke Sukan SEA Vietnam Mei depan.
Welson yang meraih perak pula bagai jatuh ditimpa tangga apabila catatannya 3:57.88s tidak layak untuk ke Hanoi yang mana syarat kelayakan adalah 3:52.65 saat.
Emas kedua Hoe Yan hadir menerusi acara 4x100m menyaksikan Kuala Lumpur unggul mencatatkan 3:52.86 saat menewaskan Sarawak yang turut diwakili Welson di tempat kedua.
Bagi saingan wanita 400m gaya bebas pula, Goh Chia Tong dari Melaka tidak berdepan masalah untuk raih emas dengan catatan 4:27.55s namun beliau gagal melepasi had kelayakan ke Sukan SEA iaitu 4:17.59s.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.