SKUAD HOKI AIS LELAKI NEGARA CATAT KEMENANGAN SULUNG DI KYRGYZSTAN
SKUAD HOKI AIS LELAKI NEGARA CATAT KEMENANGAN SULUNG DI KYRGYZSTAN
March 4, 2022 3:49 am
BISHKEK, 4 MAC 2022 – Langkah kanan buat skuad hoki ais lelaki negara yang berjaya menundukkan Kuwait 5-2 semalam dalam aksi pertama bagi kempen Kejuaraan Dunia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2022 Bahagian IV di Bishkek, Kyrgyzstan.
Dalam perlawanan itu, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh Kuwait menerusi Salem Alajmi seawal minit ke-4 sebelum kita menyamakan kedudukan pada babak kedua melaluijaringan penyerang Mohammad Hariz Mohammad Oryza Ananda pada minit ke-20.
Anak buah Gary Tan ternyata semakin mendapat rentak selepas itu menyaksikan Muhammad Fareez Afdlin Mohd Fauzi menjaringkan hatrik pada minit ke-32, ke-34 dan ke-37 sekali gus menjadikan kedudukan 4-1 berpihak kepada Malaysia.
Masuk minit ke-38, pemain pertahanan Goh Juan Jie terus menghukum pihak lawan dengan jaringannya sebelum Kuwait cuba bangkit pada babak ketiga menerusi gol Alli Alsarraf namun sudah terlewat.
Tuan rumah, Kyrgyzstan akan menjadi lawan seterusnya buat skuad negara 5 Mac sebelum mereka dijadual bertemu Iran (7 Mac) dan Singapura (8 Mac).
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.