lavinesh

SKUAD BADMINTON PARA NEGARA BERJAYA MENGGONDOL TIGA PINGAT DI SEPANYOL

SKUAD BADMINTON PARA NEGARA BERJAYA MENGGONDOL TIGA PINGAT DI SEPANYOL

March 8, 2022 9:50 am

VITORIA, 8 Mac 2022 – Kejohanan Sepanyol Badminton Para Antarabangsa II 2022 yang telah berlangsung pada 1 hingga 6 Mac 2022 lalu menyaksikan skuad badminton para negara menggondol tiga pingat dalam tiga acara iaitu perseorangan lelaki kategori WH1, perseorangan lelaki kategori WH2 dan pasangan beregu lelaki kategori WH1-WH2.

Muhammad Ikhwan Ramli yang berada di rank ke-7 dunia telah berjaya muncul juara dalam acara perseorangan lelaki WH1. Dalam pusingan akhir acara tersebut, beliau telah bertemu Thomas Wandschneider dari Jerman dan menewaskannya dalam persaingan hebat yang masuk ke set ketiga. Keputusan persaingan tersebut adalah 22-20, 22-24, 21-17.

Bagi acara perseorangan lelaki kategori WH2, Noor Azwan Noorlan telah mengakhiri kempennya dalam kejohanan tersebut di tempat kedua setelah beliau ditewaskan oleh Luca Olgiati dari Switzerland 11-21, 21-18, 21-13. Beliau yang menduduki ranking ke-17 telah memenangi set pertama tetapi beliau telah gagal memegang pendahuluan tersebut yang menyebabkan beliau dijatuhkan oleh Olgiati.

Seterusnya, acara pasangan beregu lelaki kategori WH1-WH2 menyaksikan pasangan lelaki negara, Noor Azwan Noorlan-Muhammad Ikhwan Ramli dikalahkan oleh pasangan lelaki Jerman, Rick Cornell Hellmann-Thomas Wandschneider 14-21, 14-21. Untuk pengetahuan, pasangan negara tersebut menduduki rank ke-40 di dunia.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #KejohananSepanyolAntarabangsa #BadmintonPara #MSWH1 #MSWH2 #MDWH1WH2

Sumber : Badminton World Federation

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara