lavinesh

MOOMBA MASTERS 2022: AALIYAH YOONG HANIFAH MENDOMINASASI ACARA ‘JUMP’ & ‘TRICK’ WANITA

MOOMBA MASTERS 2022: AALIYAH YOONG HANIFAH MENDOMINASASI ACARA ‘JUMP’ & ‘TRICK’ WANITA

March 10, 2022 3:40 am

MELBOURNE, 10 Mac 2022 – Perkembangan perjuangan Aaliyah Yoong Hanifah, atlet luncur air negara dalam Kejohanan Moomba Masters 2022 yang telah bermula semalam (9 Mac) hingga 14 Mac 2022 di Sungai Yarra, Victoria, Australia menyaksikan beliau beraksi dalam prestasi tertinggi dalam kerjayanya sebagai atlet luncur air. Dalam kejohanan ini, Aaliyah mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu acara ‘tricks’ wanita, acara ‘slalom’ dan acara ‘jump’ wanita.

Pada hari pertama kejohanan tersebut, Aaliyah telah mempamerkan aksi terhebatnya apabila beliau berjaya mencatat rekod peribadi baharu dengan lompatan sejauh 39.5m dalam pusingan pertama bagi acara ‘jump’ wanita’. Lompatan terbaiknya sebelum ini adalah 38.9m di mana Aaliayah mencapainya di Latrobe tiga tahun lepas. Aalayah berada di kedudukan teratas carta dengan lompatan tersebut dan diikuti oleh Hall Elizabeth dari Amerika Syarikat dengan mencatat lompatan sejauh 31.1m, manakala Appleton Kristy dari Queensland menduduki tempat ketiga dengan mencatat lompatan sejauh 30.1m.

Selain itu, dalam pusingan pertama bagi acara ‘tricks’ wanita, Aaliyah berjaya memegang kedudukan teratas carta walaupun beliau terjatuh dalam babak kedua. Aaliyah telah mendapat sebanyak 3,480 mata dalam babak pertama, tetapi mendapat 1,550 mata dalam babak kedua itu. Walaubagaimanapun, Aaliyah berjaya mengumpul sebanyak 5,030 mata yang menempatkannya di tempat teratas. Hayes Erica dari New South Wales yang mengumpulkan sebanyak 4,560 mata menduduki tempat kedua dan diikuti oleh Gonzalez Dominga dari Chile di tempat ketiga dengan 4,180 mata.

Sementara itu, Aaliyah menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama bagi acara ‘slalom’ wanita. “Sungai Yarra sangat sukar! Ramai menjadi mangsa ekoran angin kencing pagi tadi dan menghadapi halangan sukar serta tersasar daripada rekod terbaik mereka termasuklah saya. Namun saya gembira dapat menduduki tempat keempat kerana hanya merupakan pilihan kelapan. Dalam pusingan kedua esok (hari ini, 10 Mac), diharap dapat bermula pada kedudukan yang lebih baik,” kata Aaliyah dalam satu hantaran pada laman Facebook Hanifah Yoong Yin Fah, jurulatihnya.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MoombaMasters2022 #MoombaFestival #nautiqueboats #yayasansimedarby #d3skis #luncurair #GirlsTricks #GirlsSlalom #GirlsJump

Sumber : Hanifah Yoong Yin Fah & BERNAMA

Sumber Gambar : Hanifah Yoong Yin Fah