lavinesh

STATUS PENYERTAAN FARAH ANN KE SUKAN SEA HANOI ATAUPUN BERSARA AKAN KETAHUI SELEWATNYA PADA SABTU INI

STATUS PENYERTAAN FARAH ANN KE SUKAN SEA HANOI ATAUPUN BERSARA AKAN KETAHUI SELEWATNYA PADA SABTU INI

March 10, 2022 6:59 am

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2022 – Peminat sukan gimnastik tanah air terpaksa menunggu hingga Sabtu (12 Mac) ini untuk mengetahui keputusan Farah Ann, ratu gimnastik negara sama ada beliau akan beraksi pada temasya Sukan SEA Hanoi yang bakal berlangsung di Vietnam pada 12 hingga 23 Mei nanti ataupun beliau akan mengakhiri kerjayanya dalam sukan gimnastik dengan mengumumkan persaraannya.

Pada masa kini, difahami daripada Afrita Ariany Nasril, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) bahawa Farah Ann masih ada peluang untuk menyertai Sukan SEA bersama skuad kebangsaan sehingga Sabtu ini kerana hari itu adalah tarikh terakhir pendaftaran oleh pihak penganjur sukan tersebut.

Afrita berkata, “Saya boleh memberi bayangan bahawa Farah Ann mungkin tidak dapat bertanding dalam Sukan SEA… tetapi kita masih ada lagi tiga hari untuk membuat keputusan. Namun, dalam masa tiga hari, sama ada kita ada pilihan atau tidak (untuk menyenaraikan Farah Ann dalam pasukan), tertakluk kepada Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada pihak teknikal dan para jurulatih dan mereka juga akan meneliti laporan perubatannya, sama ada beliau bersedia atau tidak untuk bertanding.”

Untuk pengetahuan, persoalan mengenai persaraan Farah Ann daripada sukan gimnastik timbul apabila beliau dilaporkan tidak mengikuti latihan selama tiga minggu.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MGF #MOM #OCM #FarahAnn #gimnastik #persaraan #bersara #SukanSEAHanoi #SukanSEA #Vietnam

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Farah Ann Abdul Hadi Facebook