lavinesh

MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR MENGANJURKAN ‘RECHARGA JOHOR SPORTS SESSION 2022’

MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR MENGANJURKAN ‘RECHARGA JOHOR SPORTS SESSION 2022’

March 11, 2022 5:17 am

JOHOR BAHRU, 11 Mac 2022 – Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) telah menganjurkan program “Recharge Johor Sports Session 2022” semalam di Hotel Trove, Johor Bahru yang telah melibatkan agensi dan jabatan di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).

Tujuan program “Recharge Johor Sports Session 2022” dianjurkan adalah untuk membentangkan perancangan dan hala tuju setiap jabatan serta mengukuhkan dan menguatkan lagi kesepakatan dalam memartabatkan sukan di negeri Johor, terutamanya dalam menjayakan Pelan Pembangunan Sukan Johor 2030.

Menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negeri Johor, ia menjelaskan bahawa sesi pembentangan dimulakan oleh En. Nor Syazlan bin Abd Razak selaku Pengarah MSNJ merangkap Pengurus Besar PSJ, dan diikuti dengan pembentangan oleh Tuan Haji Mohd Johari bin Tarmidi, Pegawai Eksekutif (Operasi) Sekretariat SUKMA Johor merangkap Pengurus Besar Sports Johor Sdn. Bhd. Kemudian, sesi pembentangan itu diteruskan oleh En. Azrul Aminurashyid bin Arbain, Ketua Bahagian Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (Joydec) dan pembentangan MAKSAK oleh En. Jani bin Ahmad selaku Penolong Setiausaha MAKSAK Johor.

Hadir pada sesi ‘recharge’ tersebut adalah YBhg Tuan Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); Tuan Haji Omar bin Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, wakil rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor; Puan Wardah binti Hussin, wakil rasmi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta En. Naszeery Helmy bin Abd Samad, wakil rasmi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MSNJ #SportsJohor #SekretariatSUKMA #PerbadananStadiumJohor #MAKSAK #Joydec #RiseUpJohor #RechargeJohor SportsSession2022 #Recharge

Sumber : Majlis Sukan Negeri Johor

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negeri Johor