MOOMBA MASTERS 2022: AALIYAH YOONG MERAIH TIGA PINGAT EMAS & SATU PINGAT GANGSA
MOOMBA MASTERS 2022: AALIYAH YOONG MERAIH TIGA PINGAT EMAS & SATU PINGAT GANGSA
March 11, 2022 5:00 am
MELBOURNE, 11 Mac 2022 – Aaliyah Yoong Hanifah, atlet luncur air negara telah mempersembahkan aksi terbaiknya dalam Kejohanan Moomba Masters 2022 yang sedang berlangsung di Sungai Yarra, Victoria, Australia. Beliau berjaya meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa dalam kategori remaja kejohanan tersebut. Lebih lagi, Aaliyah berjaya memecahkan rekod yang beliau mencatat pada hari pertama iaitu 39.5m dengan mencatat rekod lompatan baharu sejauh 41.4m bagi acara ‘jump’ wanita.
Beliau mendapat pingat emas bagi acara ‘tricks’ wanita, acara ‘jump’ wanita dan juga pingat emas bagi keseluruhan kejohanan kategori remaja itu. Manakala, beliau mendapat pingat gangsa bagi acara ‘slalom’ wanita.
Aaliyah berkata, “Saya suka bertanding dalam Moomba Masters. Apa yang pasti ini antara kejohanan kegemaran saya dan acara terbaik saya dalam kejohanan dunia. Saya sememangnya menyukai cabaran di Sungai Yarra dan satu pencapaian yang besar apabila mencatat rekod peribadi terbaik pada tahun ke-10 saya di sini. Catatan 41.4m sudah pasti sangat bermakna bagi saya. Ini sudah pasti kemuncak kepada kerjaya saya di peringkat remaja dengan meraih tiga kemenangan dan satu gangsa dalam satu kejohanan yang mencabar.”
Menurut satu hantaran pada laman Facebook Hanifah Yoong Yin Fah, jurulatih Aaliyah menyatakan, “Seterusnya ialah empat hari pertandingan bagi kategori terbuka untuk Aaliyah dimana beliau akan beraksi dalam acara ‘tricks’, ‘slalom’ dan ‘jump’ yang akan bermula pada hari Jumaat (hari ini) hingga Festival Moomba pada hari Isnin (14 Mac)”.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.