SKUAD HARIMAU MALAYA BAKAL BERJUANG DALAM 2 PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1 & 1 PERLAWANAN PERSAHABATAN PADA HUJUNG BULAN INI
SKUAD HARIMAU MALAYA BAKAL BERJUANG DALAM 2 PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1 & 1 PERLAWANAN PERSAHABATAN PADA HUJUNG BULAN INI
March 11, 2022 4:49 am
KELANA JAYA, 11 Mac 2022 – Skuad Harimau Malaya bakal beraksi dalam tiga perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini di Singapura. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia menyatakan bahawa skuad tersebut akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) dimana mereka akan bertemu Filipina dan Singapura. Selepas itu, mereka ada satu perlawanan persahabatan dengan Albirex Niigata FC Singapore, sebuah kelab dari Liga Singapura.
Bagi menyediakan skuad menghadapi perjuangan tersebut di Singapura nanti, Kim Pan Goh, ketua jurulatih kebangsaan telah menyenaraikan nama 30 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama lapan hari bermula pada Isnin (14 Mac) ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Senarai tersebut adalah seperti yang dilampirkan di atas.
Kenyataan FAM tersebut juga menyenaraikan 10 pemain ke dalam Senarai Bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama 30 pemain di atas. 10 pemain tersebut adalah seperti berikut:
Kenny Pallraj A/L Davaragi (29 tahun, Kuala Lumpur City FC)
Muhammad Akram Mahinan (29 tahun, Kuala Lumpur City FC)
Muhammad Hadin Azman (29 tahun, Kuala Lumpur City FC)
Zhafri Yahya (28 tahun, Kuala Lumpur City FC)
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (26 tahun, Negeri Sembilan FC)
Ahmad Khuzaimi Piee (29 tahun, Negeri Sembilan FC)
Mohd Rizal Mohd Ghazali (30 tahun, Sabah FC)
Ruventhiran (21 tahun, Petaling Jaya City FC)
Ahmad Hazwan Bakri (31 tahun, Johor Darul Ta’zim FC)
Norshahrul Idlan Talaha (36 tahun, Melaka United FC)
Untuk pengetahuan, Malaysia akan bertemu Filipina pada 23 Mac (Rabu) di Stadium Nasional, Singapura dan diikuti dengan perlawanan menentang Singapura pada 26 Mac (Sabtu) di Stadium Nasional, Singapura. Manakala, perlawanan persahabatan dengan Albirex Niigata FC Singapore dijadual berlangsung pada 28 Mac (Isnin) di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.