lavinesh

KEJUARAAN POCKET GP 2022 BAKAL BUKA TIRAI PADA 27 MAC INI

KEJUARAAN POCKET GP 2022 BAKAL BUKA TIRAI PADA 27 MAC INI

March 14, 2022 4:20 am

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – Persatuan Pocket Bike Malaysia (PAM) bakal membuka tirai Kejuaraan PocketGP 2022 pada 27 Mac 2022 (Ahad) ini di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kejuaraan ini terbahagi kepada lima kategori kelas mengikut umur, pengalaman perlumbaan pelumba dan jenis jentera iaitu ‘PosketGP Rookie U9’, ‘PocketGP Beginner’, ‘PocketGP Novice U12’, ‘PocketGP Expert U17’ dan “Open Master 18&Above’.

Untuk pengetahuan, bagi kategori ‘PocketGP Rookie U9’, pelumba berusia antara 6 hingga 9 tahun akan menggunakan Jentera Buatan China 50cc Penyejukan Udara (PU) 2-Lejang (Modifikasi terhadap kelas tidak dibenarkan). Sementara itu, bagi kategori ‘PocketGP Beginner’, pelumba berusia antara 10 hingga 11 tahun akan berlumba dengan menggunakan Jentera Buatan China 50cc PU 2 Lejang (Kelas Open QT sahaja). Manakala, pelumba berusia antara 6 hingga 12 tahun akan berlumba dengan Jentera Buatan China 50cc PU 2-Lejang (Kelas Open QT sahaja) bagi kategori ‘PocketGP Novice U12’. Kategori ‘PocketGP U17’ akan menyaksikan pelumba diantara usia 6 hingga 17 tahun berlumba dengan jentera 50cc PU 2 atau 50cc Penyejukan Cecair (PC) 2 – Lejang (kelas open QT / Moto Open). Akhir sekali, bagi kategori “Open Master 18&Above’, pelumba berusia 18 tahun dan keatas akan berlumba menggunakan jentera 50cc PU 2 Lejang atau 50cc PC 2 Lejang (Kelas Open QT / Moto Open).

Kejuaraan PocketGP 2022 yang melibatkan lebih daripada 50 pelumba akan menyaksikan para pelumba mendapat dua pusingan latihan bebas untuk membiasakan diri mereka dengan litar perlumbaan. Berdasarkan jadual perlumbaan, Pusingan Kelayakan dijangka berlangsung pada pukul 1.30 petang dan diikuti dengan Pusingan Akhir Kejuaraan PocketGP 2022 pada pukul 3.00 petang. 

YM Tengku Shariffuddin YM Tengku Sulaiman sebagai Penaung Persatuan Poket Bike Malaysia berkata, “Sukan ini dilihat sebagai satu langkah yang bernas bagi memastikan pembangunan teratur dalam industri perlumbaan motosikal di Malaysia, di mana kita jelas sekali mempunyai begitu ramai bakat-bakat muda yang mempunyai dorongan yang tinggi namun tiada saluran yang betul untuk berkembang dan membangun.”

“Dengan adanya Persatuan ini (PAM) dan platform Kejuaraan PocketGP, dari segi polisi am, PAM ingin melihat lebih ramai warga belia memanfaatkan pelbagai program sukan permotoran yang sedang dilaksanakan berbanding hanya segolongan kecil yang elit. Dengan erti kata lain, PAM berharap untuk dapat memberikan peluang kepada lebih ramai warga muda Malaysia untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menjadi golongan profesional dalam sukan permotoran.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #abornbattlemachine #pam #pocketgp #motorsport #akarumbi #bakatmuda

Sumber : mySukan TV

Sumber Gambar : Pocket GP