haziq

KELAYAKAN PIALA DUNIA BOLA KERANJANG 3X3 (ASIA) : SKUAD NEGARA SASAR MARA KE SEPARUH AKHIR

KELAYAKAN PIALA DUNIA BOLA KERANJANG 3X3 (ASIA) : SKUAD NEGARA SASAR MARA KE SEPARUH AKHIR

March 14, 2022 4:48 am

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2022 – Sesi kelayakan Piala Dunia Bola Keranjang 3×3 bagi peringkat Asia akan berlangsung di Doha, Qatar dari 25 hingga 26 Mac ini yang mana skuad negara mengintai slot untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.

Dengan dibarisi empat pemain muda iaitu Lee Jia Jun, Chang Zi Fueng, Ting Chun Hong dan Ooi Xian Fu, kesemua pemain dibawah bimbingan jurulatih skuad kebanggsaan, Chin Zhi Shin ini sedang dalam persiapan ke Sukan SEA Vietnam, Mei depan.

“Pada kali ini kami membawa pasukan muda. Sasaran utama kami adalah untuk memenangi satu perlawanan dan mara ke separuh akhir. Apapun sasaran utama bagi musim ini adalah memburu kilauan pingat di Sukan SEA.

“Jadi di Doha nanti, ia lebih kepada mencari pengalaman baharu buat pemain di kejohanan besar. Apapun, saya harap kami dapat melakukan yang terbaik dan membanggakan Malaysia,” jelas Zhi Shin.

Malaysia bakal berdepan Iran dan Sri Lanka di peringkat awal yang mana kejohanan itu turut disertai oleh enam negara secara keseluruhan termasuk Qatar, Kazakhstan dan New Zealand.

Menurut Zhi Shin lagi, setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri namun mereka akan cuba mencari kemenangan dengan Sri Lanka.

Kejohanan itu menawarkan slot  hanya kepada ‘Sang Juara’ sahaja ke Piala Dunia 3×3 2022 yang dijadual berlangsung di Antwerp, Belgium dari 21 hingga 26 Jun depan.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BolaKeranjang #Basketball #MABA

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : Malaysia Basketball Association (MABA)