KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – Kejuaraan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022 (Wanita) telah menyaksikan pasukan Negeri Sembilan melakar sejarahnya tersendiri selepas muncul sebagai juara dalam penampilan pertamanya setelah menewaskan pasukan Mutiara Impian-MSSPP-PSHA 8-0 bagi aksi terakhir liga semalam.
Untuk pengetahuan, pasukan tersebut dinobatkan juara setelah mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 28 mata daripada sembilan kemenangan dan satu seri. Negeri Sembilan juga berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam kejuaraan edisi ini dengan jumlah gol sebanyak 55 gol dan hanya bolos 2 gol sahaja.
Gelaran naib juara bagi kejuaraan TNB MHL 2022 Wanita jatuh kepada pasukan KPT-Uniten Thunderbolts dengan mengumpulkan 25 mata. Mereka telah menewaskan pasukan National Development Team 4-0.
K. Rajan, pengendali Negeri Sembilan berkata, “Walaupun sudah bertemu dua kali dan menang kedua-dua perlawanan menentang NDT, kami tidak boleh ambil ringan memandangkan ianya perlawanan kalah mati, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi, pemain berada dalam keadaan terbaik dan tiada sebarang kecederaan setakat ini, jadi ini satu perkembangan positif menjelang separuh akhir nanti.”
Jadual Separuh Akhir Piala Vivian May Soars Separuh Akhir 1 (16 Mac)
Negeri Sembilan vs NDT
KPT-Uniten Thunderbolts vs Sabah
Separuh Akhir 2 (18 Mac)
Sabah vs KPT-Uniten Thunderbolts
NDT vs Negeri Sembilan
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.