KERJASAMA UTP-MSN PERAK MAMPU TINGKATKAN MUTU SUKAN & AKADEMIK
KERJASAMA UTP-MSN PERAK MAMPU TINGKATKAN MUTU SUKAN & AKADEMIK
March 15, 2022 3:15 am
SERI ISKANDAR, 15 Mac 2022 – Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Majlis Sukan Negeri Perak (MSN Perak) telah berlangsung bagi merangsangkan pembangunan atlet dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran. Surat Hasrat tersebut ditandatangani oleh wakil UTP iaitu Profesor Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Naib Canselor UTP manakal MSN Perak diwakili oleh Johari Sham Ahmad Shohor Affendi, Pengarah MSN Perak dan disaksikan oleh Khairul Shahril Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak.
Dr. Mohamed Ibrahim berkata, “Kami berbesar hati mewujudkan kerjasama ini yang menyediakan ruang bagi melahirkan atlet cemerlang bukan sahaja dalam sukan malah akademik dengan menyediakan pendidikan terbaik selain kemahiran, pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan untuk menjadikan mereka siswazah yang kompeten serta berdaya tahan pada masa akan datang.”
“Kami berharap kerjasama ini akan turut memupuk lebih ramai bakat sukan dari UTP selain berkongsi tempat latihan dan kemudahan antara kedua-dua pihak,” tambah beliau.
Khairul Shahril juga berkata, “Selain UTP, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama MSN Perak, telah memeterai beberapa memorandum persefahaman dengan universiti awam di Perak termasuk UiTM Seri Iskandar, Universiti Sultan Azlan Shah dan Politeknik Ungku Omar Ipoh.”
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.