SKUAD BOLA SEPAK ORANG KUDUNG NEGARA CATAT 1 KEMENANGAN & 2 TEWAS DI BANGLADESH
SKUAD BOLA SEPAK ORANG KUDUNG NEGARA CATAT 1 KEMENANGAN & 2 TEWAS DI BANGLADESH
March 15, 2022 4:47 am
DHAKA, 15 MAC 2022 – Impian untuk melihat skuad bola sepak orang kudung Malaysia beraksi di Piala Dunia di Turki Oktober depan musnah selepas skuad negara mencatatkan 1 kemenangan & 2 tewas dalam aksi kelayakan yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh.
Anak buah Sunny Shales tewas dalam dua perlawanan awal bertemu Jepun dan Indonesia dengan keputusan 0-7 dan 0-3 sebelum bangkit menumbangkan tuan rumah, Bangladesh 2-0 dalam aksi terakhir bagi aksi kelayakan Zon Asia Timur.
Bagaimanapun, slot ke Piala Dunia bagi Zon Asia Timur hanya diberikan kepada 2 pasukan teratas iaitu Jepun dan Indonesia selepas masing-masing merekodkan lebih daripada 2 kemenangan.
Pujian harus diberikan kepada skuad ini yang hanya menghantar 13 pemain daripada 25 pemain sahaja ke Dhaka berikutan masalah peribadi namun masih mampu memberikan aksi terbaik di sana.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.