haziq

SUKAN SEA VIETNAM : SKUAD TINJU NEGARA BERKAMPUNG SEBULAN DI KAZAKHSTAN SEBAGAI PERSIAPAN

SUKAN SEA VIETNAM : SKUAD TINJU NEGARA BERKAMPUNG SEBULAN DI KAZAKHSTAN SEBAGAI PERSIAPAN

March 15, 2022 4:45 am

KUALA LUMPUR, 15 MAC 2022 – Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa dalam temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam, pada Mei ini.

Menurut Presiden PTM, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli, pihaknya menyenaraikan enam petinju diketuai Khir Akyazlan Azmi yang akan beraksi dalam kategori 81 kilogram (kg), Mohd Aswan Che Azmi (69kg), Mohd Rasdenal Haikal Mohd Fadzil (52kg), Halim Izani Sulaiman (69kg), Muhamad Firdaus Kamarulzaman (75kg) dan Mohammad Akram Rasit (63kg).

Kesemua mereka akan menyertai satu kejohanan di Phuket, Thailand bermula 1 hingga 10 Apri ini sebelum berlepas ke Kazakhstan untuk berkampung selama sebulan disana sebagai persiapan beraksi di Sukan SEA.

“Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, kita meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa manakala pada 2019 di Manila, kita meraih tiga gangsa. Jadi, di Vietnam kami berharap sekurang-kurangnya dapat membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa.

“Berdasarkan pengalaman dalam dua Sukan SEA sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur dan Manila, jurang antara petinju kita dengan pemenang emas dan yang memasuki final tidaklah jauh. Mungkin, waktu kita kurang dari aspek strategi dan persiapan.

“Namun, berdasarkan semangat petinju kita kali ini, saya percaya kita boleh meraih pencapaian yang lebih baik,” jelas beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #TinjuMalaysia #SukanSeaVietnam2022

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : Persekutuan Tinju Malaysia (PTM)