KEJOHANAN BERBASIKAL TERTUA MALAYSIA KEMBALI DENGAN IDENTITI BAHARU, TOUR GATEH D’TRANUNG 2022
KEJOHANAN BERBASIKAL TERTUA MALAYSIA KEMBALI DENGAN IDENTITI BAHARU, TOUR GATEH D’TRANUNG 2022
March 16, 2022 4:17 am
KUALA TERENGGANU, 16 Mac 2022 – Kejohanan berbasikal tertua di Malaysia kembali dianjurkan pada tahun ini dengan identiti baharu, Tour Gateh D’Tranung 2022 setelah sedekad ianya menyepi. Kejohanan berbasikal ini dijadual berlangsung pada 20 hingga 25 Mac ini dengan penyertaan oleh 27 pasukan termasuk Terengganu Cycling Team (TSG), Team Sapura Cycling, Singapore Cycling Federation, TSS Cycling Team dan Cyclo Racing Team.
Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri menjelaskan bahawa kejohanan berbasikal Tour Gateh D’Tranung 2022 mempunyai hadiah wang tunai berjumlah RM60,000. Pelumba akan memulakan saingan mereka di Kuala Terengganu dan mengakhirinya di Kemaman yang akan melibatkan laluan sejauh hampir 600 kilometer.
Tujuan penganjuran kejohanan berbasikal Tour Getah D’Tranung 2020 ini adalah untuk merancakkan kembali ekonomi negeri melalui sektor pelancongan berasaskan sukan. Ia diharap mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong khususnya para peminat sukan berbasikal ke negeri Terengganu.
Wan Sukairi berkata, “Kejohanan yang menelan belanja sekitar RM650,000 ini juga akan disiarkan secara penstriman langsung dan boleh ditonton di seluruh dunia selama enam hari bermula perlumbaan peringkat pertama hingga ke acara penyampaian hadiah. Selain perlumbaan, kita juga ada selitkan acara perarakan kenderaan berhias berindentitikan daerah sebagai pengisian tambahan kejohanan.”
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.