PASUKAN MENEMBAK KEBANGSAAN JALANI KEM LATIHAN SUKAN SEA
PASUKAN MENEMBAK KEBANGSAAN JALANI KEM LATIHAN SUKAN SEA
March 17, 2022 4:11 am
JOHOR BAHRU, 17 Mac 2022 – Menjelang temasya Sukan SEA Hanoi 2021 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 23 Mei 2022 di Vietnam, pasukan menembak kebangsaan telah berkampung di Johor Bahru sejak 7 Mac 2022 lalu untuk menyertai kem latihan.
Seramai 13 atlet menembak sedang menjalani latihan di The Cage, Johor High Performance Centre, Nusa Duta. Pada 15 Mac lalu, Tuan Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor sempat meluangkan masa untuk beramah mesra bersama atlet-atlet tersebut yang menghadiri latihan itu di The Cage.
Nurul Syasya Nadiah binti Mohd Arifin, atlet menembak kelahiran Johor dan juara Grand Prix 10m Air Pistol di Jakarta berkata, “Saya berasa gembira MSNJ (Majlis Sukan Negeri Johor) mempunyai gimnasium yang lebih luas dan selesa buat atlet-atlet Johor khususnya atlet SUKMA untuk berlatih berbanding di gym lama (yang bertempat di Prisma, Gelang Patah).”
Untuk pengetahuan, pasukan menembak turut diiringi oleh jurulatih-jurulatih menembak negara dan pegawai-pegawai Sains Sukan Institut Sukan Negara (ISN).
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.